Thursday, April 18, 2019

SURAH 107

ASBABUN NUZUL

Adapun sebab turunnya ayat ini terdapat riwayat yang dikemukakan bahawa ada orang diperselisihkan, apakah Abu Sufyan atau Abu Jahal, Al-Ash Ibn Walid atau selain dari mereka. Konon nya setiap minggu menyebelih unta. Suatu ketika, seorang anak yatim datang meminta sedikit daging yang disembelih itu. Namun ia tidak memberinya bahkan mengherdik dan mengusir anak yatim tersebut. Maka turunlah ayat pertama surah Al-Ma'un.

Sebagaimana diriwayatkan Ibnu Al-Munzir dari Tariq Bin Abu Talhah yang bersumber dari Ibnu Abbas, surah Al-Ma'un ayat 4-7 turun berkenaan dengan orang-orang munafiq yang mempertontonkan solatnya kepada kaum muslimin. Pada waktu itu, orang-orang munafiq gemar memperlihatkan ibadah mereka dihadapan orang lain. Mereka meninggalkan solat jika tidak ada muslimin yang melihatnya dan menolak memberikan bantuan atau pinjaman. Ayat ini diturunkan sebagai peringatan kepada orang-orang yang berbuat sedemikian.

Didalam kitab Sahihain telah disebut bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda ;
Ini merupakan gambaran solat Asar diwaktu terakhirnya, saat solat Asar sebagaimana yang disebutkan dalam nas hadis lain disebut solat wusta dan yang digambarkan oleh hadis adalah batas terakhir waktunya iaitu waktu yang dimakruhkan. Kemudian seseorang mengerjakan solatnya diwaktu itu dan mematuk sebagaimana burung gagak mematuk maksudnya ia mengerjakan solatnya tanpa tomaninah dan tanpa khusyuk. kerana itulah maka dikecam oleh Nabi SAW. Bahawa orang tersebut tidak menyebut Allah dalam solatnya melainkan hanya sedikit (sebentar). Barangkali hal yang mendorongnya melakukan solat tiada lain hanya untuk dipamer kepada orang lain, dan bukan kerana mengharap keredhaan Allah. orang seperti itu sama kedudukannya dengan orang yang tidak mengerjakan solat sama sekali. Allah SWT telah berfirman :

AYAT 1

Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?

TAFSIRAN AYAT

Allah SWT menanyakan tentang siapa orang yang mendustakan agama. Kalimat tanya tersebut tidak memerlukan jawapan kerana Allah SWT lebih mengetahui. Ayat ini memberikan penekanan agar Nabi Muhammad SAW menaruh perhatian yang lebih terhadap masalah yang akan diterangkan. Orang yang mendustakan agama adalah orang yang paling celaka. Siapakah mereka? Itulah masalah yang harus diperhatikan dengan teliti.

AYAT 2

Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

TAFSIRAN AYAT
TANGGUNGJAWAB KEPADA ANAK YATIM

Yang dimaksud anak yatim ialah anak yang tinggal mati ayahnya sehingga hidup bersama ibunya. Lazimnya anak yatim mengalami kesulitan hidup kerana tempat kebergantungan hidupnya telah tiada. Sekurang-kurangnya anak yatim yang mengalami tekanan kehilangan kasih seorang ayah atau ibu. Tekanan itu akan lebih terasa ketika ayah atau ibunya tidak meninggalkan harta yang cukup untuk menyara kehidupannya.

Orang Islam, terutama yang mempu, wajib memperhatikan nasib anak yatim. Dengan memberikan kasih sayang, kepedulian dan tidak mensia-siakan mereka, akan mengurangi beban derita mereka. Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya untuk sentiasa menyayangi anak yatim. Dalam sebuah hadist, beliau bersabda;

"Aku dan orang-orang yang memelihara anak yatim di syurga seperti ini. Beliau menunjukkan jari telunjuk dengan ajri tengah serta beliau merenggangkan antara keduanya."
(HR Al-Bukhari dan Sahl bin Sa'd No 4892).

"Sebaik-baik rumah orang Islam adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim yang diasuh dengan baik. Seburuk-buruk rumah orang Islam adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim diperlakukan dengan jahat."
(HR Ibnu Majah dari Abu Hurairah No 3669)

Al-Quran selalu membezakan perlakuan kepada seorang yang miskin dan anak yatim. Al-Quran hanya menyuruh kita untuk memberinya makanan atau sesuatu yang mereka perlukan. Tapi untuk anak yatim, tidak cukup dengan memberi makanan, pakaian dan keperluan mereka. Kita juga dituntut untuk memberi kasih sayang dan memuliakan mereka.

Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang mengelus kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang, Allah akan memberikan pahala kepadanya dengan bilangan rambut yang ada dikepala anak yatim tersebut."

"Sebaik-baik hidangan adalah hidangan yang menyertakan anak yatim di dalamnya."

Islam sangat mengecam orang-orang yang keras kepada anak yatim. Terbukti dengan banyaknya ayat yang membicarakan tentang mereka. Allah berfirman,

"Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, sampai dia mencapai (usia) dewasa."
(Surah Al-An'am : 152)

"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api dalam perutnya dan mereka akan masuk kedalam api yang menyala-nyala (neraka)."
(An-Nisa : 10)

Apabila kita mengaku sebagai seorang muslim tapi belum menyayangi dan memberi hak anak yatim maka berhati-hatilah kerana kita akan termasuk dalam orang yang mendustakan agama Allah SWT.

AYAT 3

Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.

TAFSIRAN AYAT
TANGGUNGJAWAB KEPADA ORANG MISKIN

Adapun yang dimaksudkan dengan orang miskin ialah orang yang tidak berharta dan serba kekurangan. Semua itu membuat hidupnya menderita. Mereka tidak dapat merasakan kesenangan, sebagaimana orang-orang yang berkecukupan. Islam mendidik umatnya agar memiliki kepedulian terhadap mereka. Rasulullah SAW selalu mengingatkan umatnya agar sentiasa membantu orang miskin. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah bersabda;

"Orang yang menolong janda dan orang miskin bagaikan orang yang berjihad di jalan Allah. Aku (Abu Hurairah) mengira beliau bersabda. "seperti orang solat malam yang tidak merasa payah dan seperti orang yang puasa, tidak berbuka (sebelum waktunya)."
(HR Muslim dari Abu Hurairah No. 5295)

AYAT 4

(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -

AYAT 5


(Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyang;

TAFSIRAN AYAT

Menjelaskan tentang orang yang solat, tetapi mendapat celaka. Kecelakaan itu akibat mereka lalai terhadap solatnya Lalai disini bererti mengabaikan atau tidak memerhatikan waktu solatnya. Solat merupakan agama sekaligus sebagai ukuran baik buruknya seseorang. Orang yang melalaikan solatnya, ia termasuk sebagai pendusta agama.

"Diriwayatkan bahawa Sa'ad bin Abi Waqqash berkata, " Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang orang-orang yang lalai dari solat mereka. Beliau menjawab, 'Iaitu orang-orang yang mengakhirkan solat sehingga keluar dari waktunya."

AYAT 6

(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadah dan bawaannya),

TAFSIRAN AYAT
BAB RIYA'

Allah SWT menjelaskan riya'. Riya' bererti berbuat baik kerana ingin memperoleh pujian atau mendapat penghormatan dari orang lain. Orang yang ria' termasuk sebagai pendusta agama kerana perbuatan ini menyekutukan Allah SWT dengan dirinya. Itulah sebab ria' dikatakan sebagai perbuatan syirik. Menurut Islam hanya Allah lah yang berhak ria' dan mendapat pujian.

"Diriwayatkan oleh Imam Ahamd dengan sanadnya dari Abdullah bin Amru bahawa Rasulullah SAW telah bersabda " Barangsiapa menyiarkan kepada orang lain tentang amal baiknya maka Allah akan memperdengarkan amal orang itu kepada makhluk Nya kemudian menghinakannya dan merendahkannya."

AYAT 7

Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

TAFSIRAN AYAT

Merupakan salah satu pelajaran tentang kepedulian sosial bagi umat Islam. Orang yang mengakui dirinya Islam tentu akan memiliki kepedulian sosial sesama. Sifat bakhil jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Menurut ayat ini, orang yang enggan memberikan bantuan kepada orang lain merupakan bentuk pendustaan terhadap agama. Islam adalah agama yang tidak hanya untuk diyakini, tetapi harus diterapkan dalam kehidupan sehari-hari.

Monday, April 15, 2019

PENGAJARAN DAN HIKMAH

Sabda Rasulullah SAW tentang pahala bagi orang yang membaca surah ini. Rasulullah SAW bersabda ;
"Sesiapa yang membaca surah ini, Allah mengampuni dosanya selagi dia masih menunaikan zakat."

"Sesiapa yang membacanya setelah solat isya, maka Allah akan mengampuni dan menjaganya hingga solat subuh."