Thursday, April 18, 2019

AYAT 5


(Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyang;

TAFSIRAN AYAT

Menjelaskan tentang orang yang solat, tetapi mendapat celaka. Kecelakaan itu akibat mereka lalai terhadap solatnya Lalai disini bererti mengabaikan atau tidak memerhatikan waktu solatnya. Solat merupakan agama sekaligus sebagai ukuran baik buruknya seseorang. Orang yang melalaikan solatnya, ia termasuk sebagai pendusta agama.

"Diriwayatkan bahawa Sa'ad bin Abi Waqqash berkata, " Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang orang-orang yang lalai dari solat mereka. Beliau menjawab, 'Iaitu orang-orang yang mengakhirkan solat sehingga keluar dari waktunya."

No comments:

Post a Comment